Khamis, 31 Mac 2011

Terima Kasih atas kunjungan korang...

Laman Santai ManjerLuLu adalah nama baru dalam ruangan alam maya.

Terima kasih diatas kunjungan korang ke LSM yang tidak seberapa nie....apa yang ada di ruangan LSM adalah untuk tatapan LSM sendiri dan mereka yang sudi berkongsi kisah sesama LSM.

Bagi mereka yang sudi buat kunjungan di LSM, sudi-sudikanlah meninggalkan jejak seperti comment, menjadi follower dan paling penting sudilah kiranye membawa jari jemari korang ke " Jom Clik Iklan nie".

Untuk membalas jasa baik korang...korang tinggalkan blog url korang dan be follower supaya LSM boleh membuat kunjungan balas seperti apa yang korang lakukan semasa mengunjungi LSM. LSM juga sangat berharap agar korang dapat memperkenalkan kepada kawan-kawan korang tentang LSM ye.

Dari masa ke semasa, LSM akan sentiasa memperbaiki dan majukan ruangan alam maya nie. LSM sangat berminat untuk mengadakan pelbagai contest bulanan dan tahunan sekiranya follower LSM mencecah sasaran. Bagi mereka yang menjadi pemenang, hadiah disediakan..Jadi sokongan dari korang sume amatlah LSM harapkan dan alu2kan.

Sekali lagi ucapan terima kasih yang tak terhingga di atas sokongan dan kunjungan korang ye...jangan lupa setiap dari korang amat bermakna di LSM...jadi jangan lupa menjadi follower, tinggalkan jejak anda ye...Kunjug-mengunjungi adalah amalan kita...insyallah ia tidak akan berhenti dan berterusan selagi kita wujud di alam maya nie...

Kerja ! Kerja ! Kerja !

Kerja! Kerja ! Kerja! Bangun awal pagi, bersiap untuk ke tempat kerja. Tentu membosankan dengan rutin seharian kan. Jika anda selesa dan mempunyai bos/ketua yang baik. tentu seronok dan hari-hari kerja berjalan dengan pantas tanpa disedari. Tetapi, jika sebaliknye korang tentu merasakan hari-hari yang cukup membosankan kerana terpaksa mengadap bos/ketua korang yang moodnya tidak menentu dan cerewet.

Apa pun yang korang rungutkan dengan rutin tu , kehidupan korang harus diteruskan kerana selagi korang bekerja selagi itulah benda2 sebegini akan terjadi. Jadi  apa yang korang kena lakukan fahami karektor dia dan insyallah dia dapat membantu korang untuk menawan hati bos korang tu..(bukan mengurat ye...)

Korang perlu bijak mengambil hati dan meraih kepercayaan bos korang. Korang jangan terlalu banyak melakukan kesalahan apabila berada dihadapanya. Bila korang dah tahu hati budi dia mesti korang mudah dan seronok bekerja dengan dia...sebenarnya setiap bos tu ada kebaikan nye cuma kita yang tak mengenali karektor diorang.

Wristlet Oh Wristlet.....

Haaaaa...Korang pun tahu kan ManjerLuLu memang lebih selesa memakai wristlet daripada Handbag....Bukan apa dalam keadaan yang tak mengizinkan nie..rasanya wristlet la yang paling sesuai kecil dan mudah dibawa kesana kemari...Yang paling penting, wristlet tu mestilah boleh memuatkan benda-benda penting seperti berikut..
  • Kad-Kad penting ( Kad Bank, Kad pengenalan,kad kahwin and etc)
  • Lipstick ( at least satu- senang nak touch up)
  • Pen ( kot -kot nak sign cheque ke , heheheheh)
  • Coin
  • Business Kad ( yang penting2 je)
  • My Blackberry Phone ( Wajib)
Sekarang nie rasa cam nak buat koleksi wristlet pulak...jom tengok banyak nie...mata dah kelabu..dan rambang mata....mungkin korang dah ada koleksi nie tapi cik puan manjerlulu baru nak belajar membuat koleksi....wat masa nie


Cantiknye...pink dia nie


Merah nie pun gak...senang nak jaga

Banyak pink kan...tapi cantik


sama lak dengan yang atas...tapi lagi pekat la brown dia


nie brown jugak tapi full leather


N ie purple , rasa cam CMM punya je


Nie pun cantik...besar sangat kot..


Nie pun cantik...tapi tak muat kot


Nie dark brown...confirm mmg tak kotor..
 Aduh!!!! yang mana satu nie.......

Latih diri untuk menjadi seorang pemaaf?

Untuk renungan bersama....

Anggaplah setiap yang berlaku itu adalah ketentuanNya...Kita sendiri pun tidak boleh lari daripada melakukan kesalahan. Setiap kesalahan yang dilakukan itulah kelemahan diri. Setiap hari dan ketika, kita hendaklah memaafkan orang lain. Sebelum tidur kita memaafkan orang yang melakukan kesalahan tdak kiralah sengaja atau tidak. Rugi ke? Malah, hidup akan menjadi lebih tenteram.

Punca kita tidak tenteram adalah disebabkan belenggu diri yang dicipta oleh diri kita sendiri. Janganlah terlalu menyalahkan orang lain yang tidak boleh memaafkan kesalahan kita, jika kita sendiri sukar untuk memaafkan orang.Apa yang kita lalui adalah pengalaman hidup bagi mematangkan diri. Kesilapan lalu tidak perlu diingatkan lagi tapi jadikanlah ia sebagai panduan. Muliakan hati dengan memaafkan kerana ia adalah bersifat memberi.

Apabila kita tidak memaafkan orang, kita akan mula mendoakan orang itu kepada keburukan. Adil atau tidak keburukan dibalas dengan keburukan?..Orang yang suka memaafkan orang lain akan dimuliakan...Seorang pemaaf tidak dilihat sebagai lemah, malah darjatnya dipandang tinggi...

Petikan dari Pakar Motivasi Karangkraf...

My Victoria Secret series...

Aduh!!! my body mist (VS) dah nak habis nie....kat mana nak beli nie? hari tu aku borong kat KLIA airport...murah ko.....RM48 je sebotol...kalau yang tak berapa famous tu lagi le kurang harge nye.....Aku bukan le kedekut, cuma kalau boleh dapat harga murah lagi bagus kan...berjimat kata orang...tapi still nak berbelanja...

Susah tul nak cari VS series kat KL nie....kalau ada pun kat "THE CURVE" and "Wangsa Walk".....rasanye kedua2 tempat nie adalah owner yang sama ...Harga kira ok jugak la RM55 sebotol....

Ooooppp lupa , ada lagi satu tempat ..kat AVENUE K....mak datuk mahal giler harga yang diletakkannye...agak-agak la, kot iye pun nak berniaga...RM89 ko....terkejut aku masa nengok hargenye....kat website pun tak le mahal cam tu de.....

Nampaknye kena pergi carik kat Wangsa Walk la , the nearest place from my house....my favourite series are pure seduction, love spell, secret charm, and sweetdream.....this time kalau beli pun hanya beli body mist je kot lotion tak yah le...tak habis-habis lagi dari beli hari tu...

Kena beli 2 botol per series tu nie maklumlah "besfren in da house" pun pakai VS series nie jugak...apa mama dia pakai dia mesti nak jugak....hayooooooo kopak mama sayang.....

Ada series baru tau...tak tersenarai pun kat sini...
Ok....jap2 lagi nak kuar la..nak ikut jommmmmmmmmmmm......

Rabu, 30 Mac 2011

SHARING - ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali.   Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf  tiada serinya lagi.  Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”   Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.   Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..


“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”

BERLATIH JADI PEMIMPIN DIRI SENDIRI


Memimpin orang lain, biasanya lebih sulit dilakukan. Kerana itu, tidak semua orang berhasil melakukannya. Akan tetapi, memimpin diri sendiri ternyata jauh lebih sulit dibandingkan memimpin orang lain. Seseorang pasti saja memimpin orang lain dan juga masyarakat sekeliling dengan menjadi para pembesar atau wakil rakyat dan sebagai nya. Namun, belum tentu ia berhasil memimpin dirinya sendiri.
PERCAYAKAH KITA?
Mulailah dari diri sendiri! Pesan ini begitu mulia. Sebelum kita HEBOH HEBOH dengan urusan orang –yang belum tentu orang itu merasa suka kita urus- lebih baik kita mengurus diri sendiri dulu. Sebelum kita melihat-lihat kesalahan orang lain, sangat baik kita melihat kesalahan diri kita sendiri dulu. Sebelum kita memperbaiki orang lain, lebih baik kita perbaiki diri kita sendiri dulu.
Ada hadits lain yang sesuai dikaitkan dengan hadits di atas, “Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan ditanyai tentang kepemimpinannya.” (Riwayat Muslim). Kaitannya? Sebelum memimpin orang lain, seharusnya kita bisa memimpin diri sendiri dulu.
Kenyataannya, banyak orang yang ingin menjadi pemimpin, tetapi tidak banyak yang menyedari bahawa, untuk memimpin orang lain, seseorang terlebih dahulu harus terampil dalam memimpin diri sendiri.
Sebenarnya tidak mungkin ditolak, entah kita jadi pemimpin orang lain atau tidak, kita pasti telah menjadi pemimpin diri sendiri. Nah, sangat baik, kalau kepemimpinan untuk diri sendiri ini kita sukseskan dulu, agar peranan kita, hidup kita meningkat.
Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diriku mahupun sahabat2 insyaAllaah amin Ya Rabb.....................
Wallahu a'lamu bi al-shawab......petikan ehsan dari sahabatku "

SHARING - YANG LEBIH, YANG KURANG

“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman  yang baru beroleh cahaya mata.  “Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada  salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang  menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang  tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan  kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi.   Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

Aku terima dan redha dengan jodoh yang ditentukan oleh NYA untukku...amin.

Kesan dari tidak menghabiskan Antibiotik....

Aku nie selalu sakit dan jarang menghabiskan antibiotik seperti yang disarankan oleh doktor. Rupa-rupanya, emmmm korang baca la..

Antibiotik berfungsi untuk merawat penyakit secara menghentikan atau merencat pertumbuhan bakteria. Jika doktor telah menyarankan pengambilan antibiotik, patuhi arahan yang diberi dan ianya perlu dihabiskan. Menghentikan pengambilan antibiotik sebaik sahaja merasa sihat atau jangkitan berkurangan berisiko menyebabkan jangkitan berulang semula dan menambah masalah resistan terhadap antibiotik tersebut.

Jika seseorang tidak mengambil antibiotik mengikut arahan (dimana sepatutnya antibiotik memulihkan keadaan tetapi sebaliknya pula berlaku)...ia hanya bertindak ke atas bakteria yang lemah serta tidak resistan dan meninggalkan strain yang lebih kuat untuk menjadi lebih resistan. Resistan terhadap antibiotik bermaksud kebolehan bakteria atau organisma lain untu berupaya menahan atau kebal terhadap sesuatu antibiotik yang dahulunya mampu menmbunuhnya. Ini bukan sahaja membebankan pesakit tetapi juga membebankan para saintis yang terpaksa mencari rawatan antibiotik baru bagi mengatasi masalah resistan. Untuk mengelak masalah resistan terhadap antibiotik anda dinasihatkan untuk:-
  • Patuhi pengambilan antibiotik mengikut arahan doktor
  • Ambil antibiotik pada waktu yang sama setiap hari
  • Habiskan semua antibiotik sepertimana diarahkan untuk memusnahkan bakteria secara menyeluruh..
  • Elakkan pengambilan antibiotik orang lain.
  • Jangan mengambil antibiotik untuk masalah selesema atau flu kerana ia biasanya merupakan jangkitan virus.
Dari pakar : sharifah adilah al-hashi _ahli farmasi

SHARING - SUATU PERJALANAN HIDUP BERUMAH TANGGA

“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari  berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa  hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke  Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus  tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama  41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia  perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling  memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima  kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.
Terima kasih sahabat sering berkongsi kisah2 peringatan denganku...


Selasa, 29 Mac 2011

SHARING "KESILAPAN SEORANG ISTERI"

Buat tatapan kita bersama,

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati.   Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta  nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya  yang bermaksud:

“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang  menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada  dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:  
1. Kamu banyak mengutuk atau  menyumpah  
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin  kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka.  Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih  mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.
Ya allah, jadikan aku seorang isteri yang sempurna di mata suamiku...amin dan
terima Kasih sahabatku di atas email peringatan yang kuterima nie...



"Jangan hisap jari , nanti perut buncit"...Betul ke?

Mak aku selalu cakap "Tak baik hisap jari, kang buncit perut tu"....yang kita masa tu kecil punya la percaya kata-kata mak setiap kali kita masukkan jari kedalam mulut....

Bukannya apa...susah sangat nak cakap kot...kita masa tu kan kecik bukan faham sangat pun masa tu ...Tujuan kata-kata mak kita tu hanya untuk menakut-nakutkan kita daripada berterusan berbuat demikian...Jadi dah terbiasa dengar akhirnya kita pun jadi takut la....kita pun tanpa banyak soal...mmg tak buat dah lepas tu...

Jadi zaman sekarang nie, anak-anak sumenye pandai-pandai....konon2 nak gunakanlah  taktik yang sama macam mak2 kita dulu dah tak menjadi lagi kerana asalkan dia ternampak je orang yang sarat mengandung...dia akan menjerit...."Haaaa, Adik tahu kenapa perut acik tu buncit mama,"...sebab dia suka hisap jari kan.....hehehehehe ....anak siapa la tu ....malunye.....

Hayooooo...moral dari story nie..budak2 sekarang mmg bijak...kena cakap terus-terang "Kenapa", "Mengapa", "Bagaimana" dan apa jua supaya tak kena kat kita balik nanti....

Tolong kejutkan Saya!

Aku suke citer nie....

Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa.

Pada suatu malam, si suami telah menulis surata nota...maklum la "Silent War" orang putih cakap...."Tolong kejutkan saya pukul 6.30pagi" dan meletakkan nota tersebut di sisi isterinya yang sedang tidur...(kalau aku sure tak baca..mana la aku nak tahu ada notakan)....

Keesokan harinya...si suami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding menunjukkan pukul 8.00pagi.(dalam hati suami sambil marah"aduh!!! kacau betul dah lambat nie)... Dia mula terperasan yang disisinye terdapat suatu nota yang bertulis"Bang,bangun Bang.....sudah pukul 6.30 pagi"......Hayooo siapa nak jawab nie...siapa yang salah si suami atau si isteri...

Moral dari citer nie.....kalau bergaduh sekali pun...jangan sampai tak bertegur sapa begitu lama...

All About Eve...........My favourite Korean Drama suatu ketika Dulu...

Happy Tuesday!!!!

Hari nie agak lambat jari-jemari aku menyapa Laman Santai ManjerLuLuku nie kerana sibuk dengan Drama Korean ."ALL about EVE"...Ya Allah...tolonglah dah jadi penyakit sampai makan pun lupa...dek penangan hero dia yang hensem dan romantik giler tu.....Kalau ikutkan cerita nie cerita lama iaitu 10 tahun yang lepas ditayangkan di TV3...Masa tu aku tengah sibuk belajar di UIA....sanggup beli TV kecik tu...

Tengok la "hensemnye Mamat Uban" tu
Kali nie cerita "AAE" nie ditayangkan di NT7 jam 12pm - 1.00pm setiap hari Isnin - Jumaat...cerita mengisahkan percintaan Yun dan Sun Mi yang punya banyak halangan tetapi akhirnye bersatu juga.. Cerita nie jugak banyak menceritakan tentang Woo Jin and Young Mi . Kalau dulul Woo Jin dan Sun Mi macam sepasang kekasih tapi sejak muncul Young Mi dalam keluarga Sun Mi dan Woo Jin...Woo Jin maka jatuh cinta dengan Young Mi ( Perempuan Jahat )....

Aku nie kalau tengok , mestilah yang ada scene hero hensem yg dipanggil pengurus Yun tu...Sun Mi nie pulak mengenali pengurus Yun masa dia pegi menziarahi makcik dan belajar bahasa Inggeris kat London...

Titik perkenalan mereka bermula apabila si hero hensem tu terlanggar Sun Mi (perempuan bertuah) tu..dan kebetulan pulak si hero hensem nie pulak selalu pegi makan kat kedai makcik Sun Mi kat London tu...

Dari situlah mereka menjadi kawan...disebabkan SUN Mi nie yang comel, baik hati dan lurus..dan akhirnye berkahwin (scene berkahwin mmg tak tunjuk)

Isnin, 28 Mac 2011

Aznil Ikon Anti Denggi

Aznil Hj. Nawawi telah dilantik sebagai Ikon Anti Denggi, Kementerian Kesihatan Malaysia mulai 18 Jun 2010 bagi membantu dalam aktiviti promosi kesihatan pencegahan dan kawalan demam denggi di kawasan hot spots Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.  Ehsan dari "info sihat.gov.my"

Denggi....suatu penyakit yang amat ditakuti.....so meh kita sama2 pantau dan jaga kebersihan disekitar luar dan dalam rumah....


Tissot Reunion during Lunch Time...

Haaaa...

Ingat orang je ke yang ada reunion....jam pun ada tau.....hari tu aku pegi makan lunch dengan CMM...kebetulan aku dengan CMM nie mmg pakai jam TISSOT yang designnye sama cuma warna je lain...

Bila kami sampai je kat "Warong Anda"....meja mmg semunya penuh...so kenalah carik meja yang kosong tapi kena share dengan orang lain la...Nasib kitaorang mmg baik terserempak dengan my BFF "Rinie" dengan kawan dia "Puteri" ..apa lagi kitaorang pun lepak dan joint la sekali dengan diorang....

Dalam masa makan-makan tu terperasan la yang kitaorang berempat nie mmg memakai jam jenama "TISSOT"...nak dijadikan cerita my BFF "Rinie" pun mmg ada sama jam dan design cam aku tapi dia punya warna platinum....Seronaknye...

Tak caya jugak....korang layan la gambar kat bawah nie

Sama kan....cuma yang satu je yang lain....tapi TISSOT jugak

Ini mmg design 3 beradik...." I loikeeeee"
Orang sibuk makan...yang kitaorang nie sibuk menangkap gambar nie....maka terjadi la kisah " TISSOT REUNION" .....

Ada sesiapa ternampak dan terambil My Anjung Seri 2011

Ada ke orang cam nie ....kalau dah tahu nak baca anjung seri tu beli la....kalau setakat nak jenguk-jenguk citer that month ok ke tak ....lepas baca tu pulangkan la pada tuannye...nie tidak...sampai tuan yang empunya "Anjung Seri" pulak yang dok bertanya...."ada tak sesiapa ternampak or terambil

Rasanye orang tu terlupa kot...bukannye  tak biasa...sesama kekawan jugak.....Tapi aku memang tak nampak dan tak terambil pun.....

Takpa2....lepas wat annoucement cam ne mesti jumpa nanti kan.....

Quate of the day....can help u start your day with a positive note...


Read the quote of the day to start our day on a positive note. Quotes for EACH DAY of our week. We sometime need to find inspirational sayings, quotes, and proverbs filled with words of wisdom. Before our day begins reflect on the inspirational daily quote. We need some an inspirational saying for each day of our week or words for the day. Reading a daily quote before beginning our day can help start it on a positive note.

So, Quote of the day is updated every week with quotes, sayings or proverbs for each day of your week. I hope the quotes motivate and inspire us to be all that we can be! Have a great week everyone!
  1. I look to a day when people will not be judged by the color of their skin, but by the content of their character. By Martin Luther King, Jr.
  2.  I never had a policy; I have just tried to do my very best each and every day by Abraham Linchon 
  3. Never put off till tomorrow what you can do the day after tomorrow. by Mark Twain
  4. With the new day comes new strength and new thoughts. by Eleanor Roosevelt
 Good Luck Everyone.....

Mekap Tip : Simple Everyday Look


Selamat Pagi Semua,
Kawe (kelantan versi) masih lagi berehat di rumah......selalunya setiap pagi macam nie kawe orang yang paling sibuk, maklumlah nak pegi mencari rezeki di kota mestropolitan....
So pagi nie...kawe nak share cara macam mana "Michelle Phan" mengenakan mekap dan ia juga sangat sesuai sama ada nak ke pejabat, kuar bersantai atau dok di rumah pun ok.Kekadang terlalu tebal pun mekap tak sesuai jugak kan bila berada di pejabat...Jom apa lagi, meh kita sama-sama ikut cara "Michelle Phan" melakukan solekan supaya nampak berserdehana tapi cantik dan menarik....
Jom cuba kawe memang suke tengok orang cantik....

Jangkitan Pernafasan oleh Adenovirus?

Hai uols,

Peringatan untuk kita bersama...saya mmg suka cari info dan kongsi kalau ia memang untuk kebaikan bersama..."bak pepatah : beringat sebelum kena" dan lagipun kita memang tak tahu mana datangnye pelbagai penyakit sehingga la ia disiarkan di TV,surat khabar dan ada kes kematian... Jom baca

Untuk keterangan lanjut klik kat sini.......

Ahad, 27 Mac 2011

TERJAH - Teknik menguasai Bahasa Melayu Penulisan

Hai,

ManjerLulu punya anak yang baru lepas UPSR dan yang akan menduduki UPSR pada tahun nie. Lulu tak pernah rasa jemu mencari dan terus mencari pelbagai teknik bagaimana untuk menguasai Bahasa Melayu Penulisan iaitu Kertas 2. Jadi setiap kali ada je teknik mesti nak dicuba dan dipraktikkan....nampaknya sangat berkesan untuk anak2....antara kita pantau atau rajin je nak duduk mengadap dan bagi perhatian sikit kat anak2 supaya mereka rasa kita nie mmg betul2 consent tentang pelajaran mereka.

Oklah Lulu nak kongsi cara Lulu ajar mereka bagaimana nak menguasai bahasa melayu penulisan nie..

Bagi Ibubapa
  1. Belikan sebuah buku rujukan karangan
  2. Kenalah semak karangan yang mereka salinkan tu.
  3. Kalau boleh setiap kali mereka baca , biarlah kita ada sekali..
Bagi Anak-anak
  1. Suruh mereka tulis setiap hari satu karangan berpandukan buku rujukan karangan di atas.
  2. Bila dah tulis, minta mereka baca semula apa yang mereka tulis
  3. Ulang cara 1 dan 2 setiap hari...
Kebaikan nye
Apabila anak kita kerap menyalin contoh-contoh karangan itu dan membaca,
  • Ia akan dapat cara menulis dengan betul.
  • Ia akan dapat menggunakkan tanda-tanda bahasa dengan betul.
  • Ia akan memberikan mereka idea apabila ingin mengarang karangan ketika peperiksaan
Oklah itu saja yang lulu dah buatkan kepada kedua-dua anak lulu...tetapi ia bukan sesuatu yang mudah, malah kesabaran yang tinggi sangat perlu kerana bagi anak perempuan mungkin tak punya banyak masalah tetapi anak lelaki...aduh!!! sangat mencabar keimanan kita...

Selamat mencuba...insyallah mudah-mudahan anak-anak kita semua akan berjaya dan menjadi yang terbaik. Amin..

TERJAH - Cara mengatasi masalah anak Lemah dalam sains?

"Anak Anda Lemah Dalam Sains?  Adakah Anda Inginkan Anak Anda Skor 'A' Dalam Subjek Sains UPSR?"Ketahui Cara Termudah & Menyeronokkan Bagaimana Anak Anda Boleh Menguasai Subjek Sains UPSR Dengan Pantas Sambil Bermain!

Insyallah mana tahu teknik nie boleh membantu anak2 kita...Jom kita klik Daripada: Mohd Nasri

Buntu atau kesuntukan masa nak carik hadiah.....


Jangan bimbang , kini semuanya boleh berlaku dengan sekelip mata sahaja...

Sekiranya anda sedang dan nak mencari hadiah untuk majlis kahwin,ulangtahun kelahiran, sambutan Hari Kekasih , ulangtahun perkahwinan ataupun apa jua majlis.

Anda boleh mendapatkannye di sebelah kanan blog saya dan atau klik http://heartbeat.my/?rid=14889...ada pelbagai idea untuk memudahkan anda mencari hadiah dengan cepat.

Ada aku kisah tidur berdengkur?

Aku kisah apa......kalau dah ko tidur berdengkur,bunyinye pun macam2...mengganggu juga la orang yang tidur disebelah tukan. ( sama je kekadang kita pun tak sedar yang kita pun tidur berdengkur......)

Tidur berdengkur selalunye dikaitkan dengan keletihan, sejauh mana benarnye...jom kita baca..

Apa itu berdengkur?Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.

Petua untuk mengurangkan dengkuran:
  • Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
  • Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
  • Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
  • Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
  • Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang
Keterangan lanjut sila klik kat sini

Takut jumpa doktor gigi.....

Manjerlulu nie bab2 jarum sememangnye takda masalah.....tapi masih takut nak jumpa doktor gigi...dia memang tak sakit tapi ngilu la......

Ada tak ubat tahan ngilu...kalau ada sure manjerlulu dengan segera jumpa doktor gigi nye.

Emmmm....manjerlulu rasanye nak jumpa doc gigi sebb nak buat tampalan dibahagian depan gigi manjerlulu....ketara sangat lubang dibahagian depan nie....kalau nak cantik ...kena tahan skit la beb......kata kawan ku " Zack"....

Tengok la akanku usahakan untuk berjumpa doktor gigi...kang susah pulak nak senyum sebab gigi tak menarik....bak kata pepatah " Gigi yang cantik akan membuatkan penampilan kita lebih menarik"

Klinik gigi pilihan ku adalah " KLINIK GIGI NORAH" di jalan Keramat Jaya....

Kempen "Earth Hour"


Malaysia Good !!!!

Mmg supportive....kat carefour pun tepat je pukul 8.30pm tetiba je gelap....aku macam terlupa kejap..."Eehhhh tak da elektrik ke" .....maknanye mereka support the kempen la...

Bukan tu je, kawasan perumahan dan banyak tempat pun nampak gelap je....

Nak kongsi kat sini.....Malaysia People is very supportive "Malaysia BOLEH"......

T H A N K Y O U " M A L A Y S I A "



Sayang giler dengan Blackberryku

Haaaa,

Kenapa orang asyik sibuk dengan blackberry nie...sbb blackberry nie mmg best giler....nak udpate FB, email , BBM...gmbar tak usah cakap la mmg clear sgt...berbaloi-baloi betul......

Aku mmg akan selalu update sedara mara kalau ada je blackberry model baru maklumlah teknologi dah makin canggih kan....kita boleh update status atau bagi yang bekerja di pejabat anytime je boleh terima dan menjawab email dengan cepat (so no reason at all why u cannot reply the email immediately).....

Bagi mereka yang nak beli blackberry ...mmg la mahal...tapi dia sangat berbaloi-baloi kalau ada syarikat telekomunikasi buat blackberry Launch. Masa tu apa lagi ...cepat-cepat la beli...tapi sendiri mau ingat lakan kena beratur beb..

Macam Lauching Blackberry Torch hari tu di La Bodega Pavilion...beratur dari awal pagi tu beb....tapi mmg berbaloi-baloi la sebab dapat beli phone dengan harga RM8 je...giler tuu....sekali tengok mmg la kesian kan...

Aku pun rasa macam nak beli blackberry Curve 3G dan Bold 3 la. Aku punya blackberry javeline...lama punya...tapi classic dan sangat berjasa....

Barang nie kalau kita jaga dan sayang dia.....sure mmg dia pun akan sayang kita la kan...lama dan  tetap elok lagi...I Luv My Blackberry ....muah!!! muah!!!!!

Sabtu, 26 Mac 2011

S.U.J.U.D S.Y.U.K.U.R

Walau apapun aku tetap bersyukur kerana aku berada dalam golongan yang sederhana dan khidmatku masih diterima dan dihargai....Biarpun ia tidak sebanyak mana tapi sekurang-kurangnye ia  lebih baik dari tidak mendapat apa2.

Hari nie, aku telah menjalankan tanggungjawabku kepada 2 ibu dan 3 bapaku....aku telah mengagihkan imbuhan kepada mereka...bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar berkongsi rezeki dengan mereka kerana acap kali mendoakan kesejahteraan ku dan tanpa mereka aku tidak akan kemana-mana...(Terima Kasih En Suami)

Bukan setakat imbuhan sahaja, malah mereka jua aku hadiahkan barang-barang yang mereka sendiri pilih untuk dibuat kenangan.

Buat anak-anakku, mereka juga akan menerima bahagian mereka, dimana mereka boleh berbelanja separuh dari imbuhan tersebut mengikut kemahuan mereka sendiri (dah siap checklist tu). Mereka juga kelihatan sangat gembira...

Buat En. Suami, tidak terkecuali...tanpa keizinan dan restu darinya aku mungkin tidak mampu bekerja dengan baik. (Tenkiu En Suami....Hayooooo dah tido le)

Bagi temanku iaitu CMM...insyallah butik coach tu akan ku terjah sekembalinye aku kepejabat pada 04hb April 2011....dalam hati " hayoo boleh caya ke aku nak pakai handbag nie...bukan ke wrislet lagi better.....

A L H A M D U L I L L A H......
T E R I M A K A S I H " A L L A H "

Jumaat, 25 Mac 2011

Follower ke 50 ..hadiah menanti anda...

Salam,

Tak kenal maka tak cinta.....

Terima kasih bagi mereka yang menjadi follower di Laman Santai Manjerlulu......Walaupun LSM nie tak la terkenal seperti  blog-blog yang lain tetapi anda masih menerima LSM seadanya.

Bagi saya nama besar seperti En. Ben Ashaari and Cik Nadia Bayu tu tak perlu di pertikaikan dan malah mereka menjadi pemangkin kepada LSM untuk terus berjaya dan terus berjaya seperti mereka.


Kini, LSM berbesar hati untuk memberi hadiah bagi mereka yang bertuah dan menjadi follower LSM yang ke 50, ke 100 , 200 dan 300......Jadi apa lagi jom follow saya.....
Hadiah Wang Tunai (RM) menanti anda
Jadi sekali lagi , LSM mengucapkan terima kasih dan harapan agar sahabat dan follower dari kalangan blogger juga sudi memberi tunjuk ajar...

Terima kasih

Khamis, 24 Mac 2011

Kad Hari Lahirku yang ke 36

Selamat Hari Lahir Buat diriku......

Aku menyambut ulangtahun kelahiranku kali nie setelah 5 hari selepas menjalani pembedahan....Takda apa2 aktiviti istimewa pun memandangkan aku sedang berpantang dirumah..(Sabar jelah)....Bagi aku pemberian kad hari lahir yang dihasilkan sendiri oleh anak gadisku a.k.a besfren in da house bersama adik2nye sangat menyentuh hati keibuanku....

Terima Kasih sayang....Mama sentiasa dan akan menyayangi kalian sehingga akhir hayat....

Kita celebrate nanti2 je ok, mama pun bukan boleh makan kek dan benda2 yang bukan2...Kurang2nye sebulan dua jugak la berpantang nie...silap2 kita celebrate sekali dengan birthday PAPA nanti...

Me and Jarum

Salam,

Mengapa Me and Jarum???? Sejak sakit kan...asyik kena injection aje....ambil darah, buat endoskopi, CT scan, macam-macam lagi...Kalau orang bila sebut je jarum...mesti rasa semacam je...tapi bagi aku dah jadi biasa sangat...sebab nie bukan kali pertama kerana aku melahirkan anak2 juga pun dari pembedahan...jarum lagi....
Tengoklah jarum tu...nie masa nak buat CT scan....tak sangka pulak buat Ct scan pun nak kena masuk jarum...pastu kena minum air apa tah....punya la tak sedap dan kena habiskan pulak tu...500ml banyaknye air tu...katanye air tu penting bila ct scan nanti nmpk lebih jelas apa dlm perutku tu... lepas je selesai ct scan...mestilah jarum dibukak...
Lepas bukak je, mula la ada kesan lebam2....aduh!!! bila sekali tengok macam kena dera pulak....Lama jugak la rasa sakitnya....masa nie mmg dah di sahkan aku kena menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ketulan dalam perutku....Jadi aku redha....amik keputusan wat pembedahan pada 17 March 2011..
Sekali lagi aku berdepan dengan jarum....sakit tak? tanya anak-anakku....Takla..mama kan dah biasa kena cucuk dengan jarum...rasa macam kena gigit semut je...(sebenarnye dah lali)...lama jugak jarum nie bersama aku dalam 3 hari rasanye.....
Aku dah boleh balik jadi sekali lagi , bila jarum dibukak...tengok la darah banyak sampai meleleh-leleh pun tak sedar...Masa nie aku tengah sibuk isi borang survey hospital...tahu2 je darah dah banyak....Cepat2 la panggil nurse suruh handle darah nie kan...kalau tidak mau aku masuk hospital balik...

Oh lupa...pembedahan tempoh hari tiada sebarang ketulan dikeluarkan dari perutku nie kerana doktor risau terjadinya pendarahan dalam badan...ketulan tu merupakan organ dalaman yang terkeluar dan lari dari kedudukan asalnye...jadi doktor letakkan semula ditempatnye...Kini aku sedang bercuti sakit sehingga aku pulih seperti sedia kala.

Di kesempatan nie aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua kawan2 tak kira dari pejabat, FB, dan keluarga atas sokongan dan doa mereka..Sokongan dan doa mereka amatlah aku hargai...Buat Mr Hubby dan anak2 juga , terima kasih diatas kesabaran kalian dan sentiasa bersama mama.... I Love uols so much.....

Buat anak gadisku a.k.a besfren in da house...terima kasih kerana menjaga mama di hospital tempoh hari...Terima Kasih Allah kerana mengurniakan aku seorang anak perempuan yang begitu mengambil berat tentang aku...nurallyshadayana.blogspot.com



Botol Susu Bebas Bisphenol A untuk anak-anak kita

Salam,

Lulu pun ada anak yang masih menggunakkan botol susu....tapi tak tahu macam mana nak bezakan botol susu bebas Bsiphenol A nie. Sangat berterima kasih dengan adanya panduan bagaimana menguruskan Botol Susu"kan ...untuk keterangan lanjut ...sila klik kat sini ok....

Lindungi Anak Gadis dan diri kita dari Kanser Servik...

Assalamualaikum,

Sejauh mana kesedaran kita tentang " Kanser Servik". Kanser Servik adalah kanser yang terjadi di bahagian pangkal rahim (servik). Kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1,500 wanita Negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita.

(Human Papilloma Virus (HPV) adalah merupakan penyebab utama kanser servik .Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin. Oleh itu kita perlu mendapatkan pelalian HPVuntuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV.Pada Masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia hanya memberi pelalian secara percuma kepada semua gadis 13tahun.

Bagi Lulu ....kita juga harus mendapatkan pelalian HPV ini..Kalau uols nak tahu boleh dapatkan dari mana2 klinik berdekatan uols.. Lulu dah tanya harga suntikan tu RM195 setiap suntikan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual yang ditetapkan oleh doktor nanti.
Anak perempuan Lulu dah dapat suntikan pertama di sekolah dia...Katanya sakit...Lulu cakap tak kisah la sakit sikit...untuk kebaikan di masa akan datang kan.....untuk keterangan lanjut jom klik kat sini

Kini Kembali.......Setelah lama menyepikan diri

Assalamualaikum,

Terasa benar lama ku tinggalkan "Laman Santaiku" ini.....Kini aku kembali setelah selamat menjalani pembedahan di bahagian perutku pada hari khamis lepas jam 11pagi di Pusat Perubatan Swasta Tawakal...Hari ini genaplah seminggu dari tarikh pembedahan ku itu....aku kini sedang bercuti sakit dan berehat di rumah sehingga luka pembedahan ku pulih seperti sedia kala.

Aku sebelum dibawa ke bilik Pembedahan..(sempat jua aku mengenakan lipstick agar aku tidak kelihatan seperti orang yang sedang sakit....)
Jari-jemari kian merindui lelantai komputer ku yang telah lama sepi tanpa sebarang catatan,luahan dan apa jua yang aku kongsikan bersama beberapa minggu yang lalu.......Jiwa meronta-ronta untuk kembali di alam maya nie tetapi masa dan keadaanku ketika itu tidak mengizinkan malah aku terasa lemah untuk menyapa dan menyentuh komputer kesayanganku ini ketika itu...

Kini aku amat bersyukur....aku kembali dengan semangat dan kesihatan yang baru...mudah-mudahan Allah memberikan kesihatan yang baik untuk hari ini dan seterusnya......

Bagiku kini.....Sekuat mana kita bekerja , kesihatan adalah paling utama.....

Selasa, 1 Mac 2011

TIP - Keselamatan Kebakaran di Rumah

Hai uols,

Tip keselamatan kali nie sangat penting bukan saja pada Lulu tapi untuk semua follower , frenz and blogger apabila berada di rumah.

Kesedaran nie amat penting dan kadang kala kita hampir terlupa bahawa kebakaran dirumah bukan saja melibatkan kita malah melibatkan jiran tetangga. Oleh itu dengan adanye kesedaran dan sedikit ilmu tentang "Keselamatan kebakaran di Rumah" sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko dan mengelakkan ia dari berlakunya kebakaran. Untuk keterangan lanjut sila klik kat sini....