Selasa, 29 Mac 2011

All About Eve...........My favourite Korean Drama suatu ketika Dulu...

Happy Tuesday!!!!

Hari nie agak lambat jari-jemari aku menyapa Laman Santai ManjerLuLuku nie kerana sibuk dengan Drama Korean ."ALL about EVE"...Ya Allah...tolonglah dah jadi penyakit sampai makan pun lupa...dek penangan hero dia yang hensem dan romantik giler tu.....Kalau ikutkan cerita nie cerita lama iaitu 10 tahun yang lepas ditayangkan di TV3...Masa tu aku tengah sibuk belajar di UIA....sanggup beli TV kecik tu...

Tengok la "hensemnye Mamat Uban" tu
Kali nie cerita "AAE" nie ditayangkan di NT7 jam 12pm - 1.00pm setiap hari Isnin - Jumaat...cerita mengisahkan percintaan Yun dan Sun Mi yang punya banyak halangan tetapi akhirnye bersatu juga.. Cerita nie jugak banyak menceritakan tentang Woo Jin and Young Mi . Kalau dulul Woo Jin dan Sun Mi macam sepasang kekasih tapi sejak muncul Young Mi dalam keluarga Sun Mi dan Woo Jin...Woo Jin maka jatuh cinta dengan Young Mi ( Perempuan Jahat )....

Aku nie kalau tengok , mestilah yang ada scene hero hensem yg dipanggil pengurus Yun tu...Sun Mi nie pulak mengenali pengurus Yun masa dia pegi menziarahi makcik dan belajar bahasa Inggeris kat London...

Titik perkenalan mereka bermula apabila si hero hensem tu terlanggar Sun Mi (perempuan bertuah) tu..dan kebetulan pulak si hero hensem nie pulak selalu pegi makan kat kedai makcik Sun Mi kat London tu...

Dari situlah mereka menjadi kawan...disebabkan SUN Mi nie yang comel, baik hati dan lurus..dan akhirnye berkahwin (scene berkahwin mmg tak tunjuk)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan