Sabtu, 26 Mac 2011

S.U.J.U.D S.Y.U.K.U.R

Walau apapun aku tetap bersyukur kerana aku berada dalam golongan yang sederhana dan khidmatku masih diterima dan dihargai....Biarpun ia tidak sebanyak mana tapi sekurang-kurangnye ia  lebih baik dari tidak mendapat apa2.

Hari nie, aku telah menjalankan tanggungjawabku kepada 2 ibu dan 3 bapaku....aku telah mengagihkan imbuhan kepada mereka...bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar berkongsi rezeki dengan mereka kerana acap kali mendoakan kesejahteraan ku dan tanpa mereka aku tidak akan kemana-mana...(Terima Kasih En Suami)

Bukan setakat imbuhan sahaja, malah mereka jua aku hadiahkan barang-barang yang mereka sendiri pilih untuk dibuat kenangan.

Buat anak-anakku, mereka juga akan menerima bahagian mereka, dimana mereka boleh berbelanja separuh dari imbuhan tersebut mengikut kemahuan mereka sendiri (dah siap checklist tu). Mereka juga kelihatan sangat gembira...

Buat En. Suami, tidak terkecuali...tanpa keizinan dan restu darinya aku mungkin tidak mampu bekerja dengan baik. (Tenkiu En Suami....Hayooooo dah tido le)

Bagi temanku iaitu CMM...insyallah butik coach tu akan ku terjah sekembalinye aku kepejabat pada 04hb April 2011....dalam hati " hayoo boleh caya ke aku nak pakai handbag nie...bukan ke wrislet lagi better.....

A L H A M D U L I L L A H......
T E R I M A K A S I H " A L L A H "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan