Rabu, 30 Mac 2011

Kesan dari tidak menghabiskan Antibiotik....

Aku nie selalu sakit dan jarang menghabiskan antibiotik seperti yang disarankan oleh doktor. Rupa-rupanya, emmmm korang baca la..

Antibiotik berfungsi untuk merawat penyakit secara menghentikan atau merencat pertumbuhan bakteria. Jika doktor telah menyarankan pengambilan antibiotik, patuhi arahan yang diberi dan ianya perlu dihabiskan. Menghentikan pengambilan antibiotik sebaik sahaja merasa sihat atau jangkitan berkurangan berisiko menyebabkan jangkitan berulang semula dan menambah masalah resistan terhadap antibiotik tersebut.

Jika seseorang tidak mengambil antibiotik mengikut arahan (dimana sepatutnya antibiotik memulihkan keadaan tetapi sebaliknya pula berlaku)...ia hanya bertindak ke atas bakteria yang lemah serta tidak resistan dan meninggalkan strain yang lebih kuat untuk menjadi lebih resistan. Resistan terhadap antibiotik bermaksud kebolehan bakteria atau organisma lain untu berupaya menahan atau kebal terhadap sesuatu antibiotik yang dahulunya mampu menmbunuhnya. Ini bukan sahaja membebankan pesakit tetapi juga membebankan para saintis yang terpaksa mencari rawatan antibiotik baru bagi mengatasi masalah resistan. Untuk mengelak masalah resistan terhadap antibiotik anda dinasihatkan untuk:-
  • Patuhi pengambilan antibiotik mengikut arahan doktor
  • Ambil antibiotik pada waktu yang sama setiap hari
  • Habiskan semua antibiotik sepertimana diarahkan untuk memusnahkan bakteria secara menyeluruh..
  • Elakkan pengambilan antibiotik orang lain.
  • Jangan mengambil antibiotik untuk masalah selesema atau flu kerana ia biasanya merupakan jangkitan virus.
Dari pakar : sharifah adilah al-hashi _ahli farmasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan