Ahad, 27 Mac 2011

TERJAH - Teknik menguasai Bahasa Melayu Penulisan

Hai,

ManjerLulu punya anak yang baru lepas UPSR dan yang akan menduduki UPSR pada tahun nie. Lulu tak pernah rasa jemu mencari dan terus mencari pelbagai teknik bagaimana untuk menguasai Bahasa Melayu Penulisan iaitu Kertas 2. Jadi setiap kali ada je teknik mesti nak dicuba dan dipraktikkan....nampaknya sangat berkesan untuk anak2....antara kita pantau atau rajin je nak duduk mengadap dan bagi perhatian sikit kat anak2 supaya mereka rasa kita nie mmg betul2 consent tentang pelajaran mereka.

Oklah Lulu nak kongsi cara Lulu ajar mereka bagaimana nak menguasai bahasa melayu penulisan nie..

Bagi Ibubapa
  1. Belikan sebuah buku rujukan karangan
  2. Kenalah semak karangan yang mereka salinkan tu.
  3. Kalau boleh setiap kali mereka baca , biarlah kita ada sekali..
Bagi Anak-anak
  1. Suruh mereka tulis setiap hari satu karangan berpandukan buku rujukan karangan di atas.
  2. Bila dah tulis, minta mereka baca semula apa yang mereka tulis
  3. Ulang cara 1 dan 2 setiap hari...
Kebaikan nye
Apabila anak kita kerap menyalin contoh-contoh karangan itu dan membaca,
  • Ia akan dapat cara menulis dengan betul.
  • Ia akan dapat menggunakkan tanda-tanda bahasa dengan betul.
  • Ia akan memberikan mereka idea apabila ingin mengarang karangan ketika peperiksaan
Oklah itu saja yang lulu dah buatkan kepada kedua-dua anak lulu...tetapi ia bukan sesuatu yang mudah, malah kesabaran yang tinggi sangat perlu kerana bagi anak perempuan mungkin tak punya banyak masalah tetapi anak lelaki...aduh!!! sangat mencabar keimanan kita...

Selamat mencuba...insyallah mudah-mudahan anak-anak kita semua akan berjaya dan menjadi yang terbaik. Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan