Ahad, 27 Mac 2011

Ada aku kisah tidur berdengkur?

Aku kisah apa......kalau dah ko tidur berdengkur,bunyinye pun macam2...mengganggu juga la orang yang tidur disebelah tukan. ( sama je kekadang kita pun tak sedar yang kita pun tidur berdengkur......)

Tidur berdengkur selalunye dikaitkan dengan keletihan, sejauh mana benarnye...jom kita baca..

Apa itu berdengkur?Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.

Petua untuk mengurangkan dengkuran:
  • Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
  • Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
  • Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
  • Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
  • Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang
Keterangan lanjut sila klik kat sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan