Khamis, 31 Mac 2011

Latih diri untuk menjadi seorang pemaaf?

Untuk renungan bersama....

Anggaplah setiap yang berlaku itu adalah ketentuanNya...Kita sendiri pun tidak boleh lari daripada melakukan kesalahan. Setiap kesalahan yang dilakukan itulah kelemahan diri. Setiap hari dan ketika, kita hendaklah memaafkan orang lain. Sebelum tidur kita memaafkan orang yang melakukan kesalahan tdak kiralah sengaja atau tidak. Rugi ke? Malah, hidup akan menjadi lebih tenteram.

Punca kita tidak tenteram adalah disebabkan belenggu diri yang dicipta oleh diri kita sendiri. Janganlah terlalu menyalahkan orang lain yang tidak boleh memaafkan kesalahan kita, jika kita sendiri sukar untuk memaafkan orang.Apa yang kita lalui adalah pengalaman hidup bagi mematangkan diri. Kesilapan lalu tidak perlu diingatkan lagi tapi jadikanlah ia sebagai panduan. Muliakan hati dengan memaafkan kerana ia adalah bersifat memberi.

Apabila kita tidak memaafkan orang, kita akan mula mendoakan orang itu kepada keburukan. Adil atau tidak keburukan dibalas dengan keburukan?..Orang yang suka memaafkan orang lain akan dimuliakan...Seorang pemaaf tidak dilihat sebagai lemah, malah darjatnya dipandang tinggi...

Petikan dari Pakar Motivasi Karangkraf...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan