Khamis, 24 Mac 2011

Lindungi Anak Gadis dan diri kita dari Kanser Servik...

Assalamualaikum,

Sejauh mana kesedaran kita tentang " Kanser Servik". Kanser Servik adalah kanser yang terjadi di bahagian pangkal rahim (servik). Kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1,500 wanita Negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita.

(Human Papilloma Virus (HPV) adalah merupakan penyebab utama kanser servik .Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin. Oleh itu kita perlu mendapatkan pelalian HPVuntuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV.Pada Masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia hanya memberi pelalian secara percuma kepada semua gadis 13tahun.

Bagi Lulu ....kita juga harus mendapatkan pelalian HPV ini..Kalau uols nak tahu boleh dapatkan dari mana2 klinik berdekatan uols.. Lulu dah tanya harga suntikan tu RM195 setiap suntikan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual yang ditetapkan oleh doktor nanti.
Anak perempuan Lulu dah dapat suntikan pertama di sekolah dia...Katanya sakit...Lulu cakap tak kisah la sakit sikit...untuk kebaikan di masa akan datang kan.....untuk keterangan lanjut jom klik kat sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan