Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Khamis, 31 Mac 2011

Latih diri untuk menjadi seorang pemaaf?

Untuk renungan bersama....

Anggaplah setiap yang berlaku itu adalah ketentuanNya...Kita sendiri pun tidak boleh lari daripada melakukan kesalahan. Setiap kesalahan yang dilakukan itulah kelemahan diri. Setiap hari dan ketika, kita hendaklah memaafkan orang lain. Sebelum tidur kita memaafkan orang yang melakukan kesalahan tdak kiralah sengaja atau tidak. Rugi ke? Malah, hidup akan menjadi lebih tenteram.

Punca kita tidak tenteram adalah disebabkan belenggu diri yang dicipta oleh diri kita sendiri. Janganlah terlalu menyalahkan orang lain yang tidak boleh memaafkan kesalahan kita, jika kita sendiri sukar untuk memaafkan orang.Apa yang kita lalui adalah pengalaman hidup bagi mematangkan diri. Kesilapan lalu tidak perlu diingatkan lagi tapi jadikanlah ia sebagai panduan. Muliakan hati dengan memaafkan kerana ia adalah bersifat memberi.

Apabila kita tidak memaafkan orang, kita akan mula mendoakan orang itu kepada keburukan. Adil atau tidak keburukan dibalas dengan keburukan?..Orang yang suka memaafkan orang lain akan dimuliakan...Seorang pemaaf tidak dilihat sebagai lemah, malah darjatnya dipandang tinggi...

Petikan dari Pakar Motivasi Karangkraf...

Rabu, 30 Mac 2011

SHARING - ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali.   Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf  tiada serinya lagi.  Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”   Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.   Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..


“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”

BERLATIH JADI PEMIMPIN DIRI SENDIRI


Memimpin orang lain, biasanya lebih sulit dilakukan. Kerana itu, tidak semua orang berhasil melakukannya. Akan tetapi, memimpin diri sendiri ternyata jauh lebih sulit dibandingkan memimpin orang lain. Seseorang pasti saja memimpin orang lain dan juga masyarakat sekeliling dengan menjadi para pembesar atau wakil rakyat dan sebagai nya. Namun, belum tentu ia berhasil memimpin dirinya sendiri.
PERCAYAKAH KITA?
Mulailah dari diri sendiri! Pesan ini begitu mulia. Sebelum kita HEBOH HEBOH dengan urusan orang –yang belum tentu orang itu merasa suka kita urus- lebih baik kita mengurus diri sendiri dulu. Sebelum kita melihat-lihat kesalahan orang lain, sangat baik kita melihat kesalahan diri kita sendiri dulu. Sebelum kita memperbaiki orang lain, lebih baik kita perbaiki diri kita sendiri dulu.
Ada hadits lain yang sesuai dikaitkan dengan hadits di atas, “Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan ditanyai tentang kepemimpinannya.” (Riwayat Muslim). Kaitannya? Sebelum memimpin orang lain, seharusnya kita bisa memimpin diri sendiri dulu.
Kenyataannya, banyak orang yang ingin menjadi pemimpin, tetapi tidak banyak yang menyedari bahawa, untuk memimpin orang lain, seseorang terlebih dahulu harus terampil dalam memimpin diri sendiri.
Sebenarnya tidak mungkin ditolak, entah kita jadi pemimpin orang lain atau tidak, kita pasti telah menjadi pemimpin diri sendiri. Nah, sangat baik, kalau kepemimpinan untuk diri sendiri ini kita sukseskan dulu, agar peranan kita, hidup kita meningkat.
Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diriku mahupun sahabat2 insyaAllaah amin Ya Rabb.....................
Wallahu a'lamu bi al-shawab......petikan ehsan dari sahabatku "

SHARING - YANG LEBIH, YANG KURANG

“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman  yang baru beroleh cahaya mata.  “Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada  salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang  menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang  tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan  kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi.   Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

Aku terima dan redha dengan jodoh yang ditentukan oleh NYA untukku...amin.

SHARING - SUATU PERJALANAN HIDUP BERUMAH TANGGA

“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari  berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa  hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke  Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus  tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama  41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia  perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling  memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima  kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.
Terima kasih sahabat sering berkongsi kisah2 peringatan denganku...


Selasa, 29 Mac 2011

SHARING "KESILAPAN SEORANG ISTERI"

Buat tatapan kita bersama,

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati.   Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta  nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya  yang bermaksud:

“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang  menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada  dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:  
1. Kamu banyak mengutuk atau  menyumpah  
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin  kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka.  Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih  mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.
Ya allah, jadikan aku seorang isteri yang sempurna di mata suamiku...amin dan
terima Kasih sahabatku di atas email peringatan yang kuterima nie...



Jumaat, 25 Februari 2011

Dari Pakar Motivasi ......Motivasi Alihan Pelajar...


"Sharing is Caring"


Apakah aktiviti2 yang perlu kita terapkan kepada anak2 kita agar mereka dapat memanfaatkan masa cuti sekolah untuk masa depan dan kebaikan mereka. Lulu rasa Kursus "Motivasi Alihan Pelajar" anjuran Perunding Motivasi Dr. Tengku Asmadi adalah salah satu darinye....
Kursus MAP bertujuan untuk membangkitkan kemahuan belajar yang tinggi, menanam kesedaran diri, menyuntik semangat dan keyakinan diri dan mengasah kemahiran belajar yang tinggi.
·     Anak anda malas belajar?
·     Anak anda degil?
·     Anak anda tidak menunaikan ibadah?
·     Anak anda rajin berusaha tetapi belum cemerlang?
·     Anak anda tidak menguruskan masa?
·     Anak anda lemah dalam pelajarannya?
·     Anak anda langsung tidak mengulangkaji?
·     Anak anda terlibat dengan masalah sosial?
·     Anak anda tiada keyakinan diri?
·     Anak anda kurang tumpuan dalam kelas?
·     Anak anda...Anak anda...anak anda....Cukup!!
Untuk keterangan lanjut sila klik kat sini

Isnin, 21 Februari 2011

Dari Pakar Motivasi - Anak Mahu Cemerlang

Setiap orang inginkan anak-anaknye cemerlang baik dalam pelajaran ataupun apa jua bidang yang mereka ceburi. Sikap positif dari ibubapa banyak memainkan peranan dalam membawa anak-anak ke arah kecemerlangan.

Jadi Lulu merasakan apa yang dikongsikan oleh pakar motivasi terkenal iaitu Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad adalah benar belaka. Marilah kita sama-sama berubah demi kebaikan anak-anak kita.

Ikutilah kisah "ANAK MAHU CEMERLANG" kat sini