Memaparkan catatan dengan label Cerita Ceriti Ceritu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Ceriti Ceritu. Papar semua catatan

Selasa, 29 Mac 2011

"Jangan hisap jari , nanti perut buncit"...Betul ke?

Mak aku selalu cakap "Tak baik hisap jari, kang buncit perut tu"....yang kita masa tu kecil punya la percaya kata-kata mak setiap kali kita masukkan jari kedalam mulut....

Bukannya apa...susah sangat nak cakap kot...kita masa tu kan kecik bukan faham sangat pun masa tu ...Tujuan kata-kata mak kita tu hanya untuk menakut-nakutkan kita daripada berterusan berbuat demikian...Jadi dah terbiasa dengar akhirnya kita pun jadi takut la....kita pun tanpa banyak soal...mmg tak buat dah lepas tu...

Jadi zaman sekarang nie, anak-anak sumenye pandai-pandai....konon2 nak gunakanlah  taktik yang sama macam mak2 kita dulu dah tak menjadi lagi kerana asalkan dia ternampak je orang yang sarat mengandung...dia akan menjerit...."Haaaa, Adik tahu kenapa perut acik tu buncit mama,"...sebab dia suka hisap jari kan.....hehehehehe ....anak siapa la tu ....malunye.....

Hayooooo...moral dari story nie..budak2 sekarang mmg bijak...kena cakap terus-terang "Kenapa", "Mengapa", "Bagaimana" dan apa jua supaya tak kena kat kita balik nanti....

Tolong kejutkan Saya!

Aku suke citer nie....

Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa.

Pada suatu malam, si suami telah menulis surata nota...maklum la "Silent War" orang putih cakap...."Tolong kejutkan saya pukul 6.30pagi" dan meletakkan nota tersebut di sisi isterinya yang sedang tidur...(kalau aku sure tak baca..mana la aku nak tahu ada notakan)....

Keesokan harinya...si suami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding menunjukkan pukul 8.00pagi.(dalam hati suami sambil marah"aduh!!! kacau betul dah lambat nie)... Dia mula terperasan yang disisinye terdapat suatu nota yang bertulis"Bang,bangun Bang.....sudah pukul 6.30 pagi"......Hayooo siapa nak jawab nie...siapa yang salah si suami atau si isteri...

Moral dari citer nie.....kalau bergaduh sekali pun...jangan sampai tak bertegur sapa begitu lama...

Ahad, 27 Februari 2011

"Hati kata nak blogging lagi" tapi "Mata kata tidoooooo daaaaa"


Dialog diantara Hati dan Mata..

Hati   : "Eh mata ko nie asyik nak tido je, aku nie masih nak beblog la.....ko boleh sabar tak.

Mata :  "Eh sesuka hati ko je ...mentang-mentang la nama ko hati ....ko ingat aku apa?.

Hati   :  Yela, memang la nama aku hati, tak kan ko tak simpati kat aku....aku nie baru nak belajar beblog ko dah sibuk nak tido.

Mata : Macam la esok ko tak leh sambung...ko nie memang keras hati la..."Hati"

Hati : Aku nie degil bertempat tau...bukan apa...tengah berkobar-kobar nie bagaimana nak menjadi blogger berjaya seperti Mentor aku tu En. Ben Ashaari...Ko ada ke??? cho cite! cho cite!

Mata : Ko mmg suka sakitkan hati aku kan "Hati".......Aku pun ada la "Malas nak citer ahhhaaa.....Aku bagi ko tempoh 10 minit dari sekarang...kalau ko masih berkeras hati.....aku terpaksa la menggunakkan kuasa veto aku kan....

Hati : Oklah....benci tau ko mmg dengki kan...sebab nama ko orang tak banyak sebut....

Mata : Ada aku kisah.....Aku mengantuk laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

Hati pun terpaksa mengalah kan macam lagu " Dari kerana Mata ......yang mempunyai kuasa"......