Memaparkan catatan dengan label Info Sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Sihat. Papar semua catatan

Rabu, 30 Mac 2011

Kesan dari tidak menghabiskan Antibiotik....

Aku nie selalu sakit dan jarang menghabiskan antibiotik seperti yang disarankan oleh doktor. Rupa-rupanya, emmmm korang baca la..

Antibiotik berfungsi untuk merawat penyakit secara menghentikan atau merencat pertumbuhan bakteria. Jika doktor telah menyarankan pengambilan antibiotik, patuhi arahan yang diberi dan ianya perlu dihabiskan. Menghentikan pengambilan antibiotik sebaik sahaja merasa sihat atau jangkitan berkurangan berisiko menyebabkan jangkitan berulang semula dan menambah masalah resistan terhadap antibiotik tersebut.

Jika seseorang tidak mengambil antibiotik mengikut arahan (dimana sepatutnya antibiotik memulihkan keadaan tetapi sebaliknya pula berlaku)...ia hanya bertindak ke atas bakteria yang lemah serta tidak resistan dan meninggalkan strain yang lebih kuat untuk menjadi lebih resistan. Resistan terhadap antibiotik bermaksud kebolehan bakteria atau organisma lain untu berupaya menahan atau kebal terhadap sesuatu antibiotik yang dahulunya mampu menmbunuhnya. Ini bukan sahaja membebankan pesakit tetapi juga membebankan para saintis yang terpaksa mencari rawatan antibiotik baru bagi mengatasi masalah resistan. Untuk mengelak masalah resistan terhadap antibiotik anda dinasihatkan untuk:-
  • Patuhi pengambilan antibiotik mengikut arahan doktor
  • Ambil antibiotik pada waktu yang sama setiap hari
  • Habiskan semua antibiotik sepertimana diarahkan untuk memusnahkan bakteria secara menyeluruh..
  • Elakkan pengambilan antibiotik orang lain.
  • Jangan mengambil antibiotik untuk masalah selesema atau flu kerana ia biasanya merupakan jangkitan virus.
Dari pakar : sharifah adilah al-hashi _ahli farmasi

Isnin, 28 Mac 2011

Aznil Ikon Anti Denggi

Aznil Hj. Nawawi telah dilantik sebagai Ikon Anti Denggi, Kementerian Kesihatan Malaysia mulai 18 Jun 2010 bagi membantu dalam aktiviti promosi kesihatan pencegahan dan kawalan demam denggi di kawasan hot spots Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.  Ehsan dari "info sihat.gov.my"

Denggi....suatu penyakit yang amat ditakuti.....so meh kita sama2 pantau dan jaga kebersihan disekitar luar dan dalam rumah....


Jangkitan Pernafasan oleh Adenovirus?

Hai uols,

Peringatan untuk kita bersama...saya mmg suka cari info dan kongsi kalau ia memang untuk kebaikan bersama..."bak pepatah : beringat sebelum kena" dan lagipun kita memang tak tahu mana datangnye pelbagai penyakit sehingga la ia disiarkan di TV,surat khabar dan ada kes kematian... Jom baca

Untuk keterangan lanjut klik kat sini.......

Ahad, 27 Mac 2011

Ada aku kisah tidur berdengkur?

Aku kisah apa......kalau dah ko tidur berdengkur,bunyinye pun macam2...mengganggu juga la orang yang tidur disebelah tukan. ( sama je kekadang kita pun tak sedar yang kita pun tidur berdengkur......)

Tidur berdengkur selalunye dikaitkan dengan keletihan, sejauh mana benarnye...jom kita baca..

Apa itu berdengkur?Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.

Petua untuk mengurangkan dengkuran:
  • Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
  • Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
  • Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
  • Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
  • Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang
Keterangan lanjut sila klik kat sini

Khamis, 24 Mac 2011

Botol Susu Bebas Bisphenol A untuk anak-anak kita

Salam,

Lulu pun ada anak yang masih menggunakkan botol susu....tapi tak tahu macam mana nak bezakan botol susu bebas Bsiphenol A nie. Sangat berterima kasih dengan adanya panduan bagaimana menguruskan Botol Susu"kan ...untuk keterangan lanjut ...sila klik kat sini ok....

Lindungi Anak Gadis dan diri kita dari Kanser Servik...

Assalamualaikum,

Sejauh mana kesedaran kita tentang " Kanser Servik". Kanser Servik adalah kanser yang terjadi di bahagian pangkal rahim (servik). Kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1,500 wanita Negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita.

(Human Papilloma Virus (HPV) adalah merupakan penyebab utama kanser servik .Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin. Oleh itu kita perlu mendapatkan pelalian HPVuntuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV.Pada Masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia hanya memberi pelalian secara percuma kepada semua gadis 13tahun.

Bagi Lulu ....kita juga harus mendapatkan pelalian HPV ini..Kalau uols nak tahu boleh dapatkan dari mana2 klinik berdekatan uols.. Lulu dah tanya harga suntikan tu RM195 setiap suntikan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual yang ditetapkan oleh doktor nanti.
Anak perempuan Lulu dah dapat suntikan pertama di sekolah dia...Katanya sakit...Lulu cakap tak kisah la sakit sikit...untuk kebaikan di masa akan datang kan.....untuk keterangan lanjut jom klik kat sini