Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan

Selasa, 29 Mac 2011

All About Eve...........My favourite Korean Drama suatu ketika Dulu...

Happy Tuesday!!!!

Hari nie agak lambat jari-jemari aku menyapa Laman Santai ManjerLuLuku nie kerana sibuk dengan Drama Korean ."ALL about EVE"...Ya Allah...tolonglah dah jadi penyakit sampai makan pun lupa...dek penangan hero dia yang hensem dan romantik giler tu.....Kalau ikutkan cerita nie cerita lama iaitu 10 tahun yang lepas ditayangkan di TV3...Masa tu aku tengah sibuk belajar di UIA....sanggup beli TV kecik tu...

Tengok la "hensemnye Mamat Uban" tu
Kali nie cerita "AAE" nie ditayangkan di NT7 jam 12pm - 1.00pm setiap hari Isnin - Jumaat...cerita mengisahkan percintaan Yun dan Sun Mi yang punya banyak halangan tetapi akhirnye bersatu juga.. Cerita nie jugak banyak menceritakan tentang Woo Jin and Young Mi . Kalau dulul Woo Jin dan Sun Mi macam sepasang kekasih tapi sejak muncul Young Mi dalam keluarga Sun Mi dan Woo Jin...Woo Jin maka jatuh cinta dengan Young Mi ( Perempuan Jahat )....

Aku nie kalau tengok , mestilah yang ada scene hero hensem yg dipanggil pengurus Yun tu...Sun Mi nie pulak mengenali pengurus Yun masa dia pegi menziarahi makcik dan belajar bahasa Inggeris kat London...

Titik perkenalan mereka bermula apabila si hero hensem tu terlanggar Sun Mi (perempuan bertuah) tu..dan kebetulan pulak si hero hensem nie pulak selalu pegi makan kat kedai makcik Sun Mi kat London tu...

Dari situlah mereka menjadi kawan...disebabkan SUN Mi nie yang comel, baik hati dan lurus..dan akhirnye berkahwin (scene berkahwin mmg tak tunjuk)

Rabu, 23 Februari 2011

Akan Datang sambungan -Drama Lestari DiTV3 " ASMARA"

Hai frenz,

Korang, Cerita ASMARA akan kembali lagi diTV3 tau. Korang masih ingat ke jalan cerita dia...tak kan la tak ingatkan ..tahun lepas bulan August 2010 cerita ini ditayangkan. Episod terakhir pun agak tergantung...

Sedikit sinopsis episod terakhir....sowee la kalau lulu tersilap tau..seingat lulu dia di tanah perkuburan "di atas pengkebumian Isteri dia" sedangkan isteri dia masih tidak sedarkan diri dan koma. Walaupun bapa si isteri dah mula menyayangi ASMARA , dia terpaksa akur dan menyangka bahawa anaknya tidak akan sembuh. Jadi bapa mertuanye membuat keputusan mengisytiharkan yang anaknya sudah meninggal dunia. Jadi Asmara kembali lah kepada kekasih lamanye....Lebih kurang la cerita dia kan tapi lulu memang pun rasa macam ada sambungan je....


Korang nie lagu tema dari cerita ASMARA -Menyesal 6IXTH SENSE(OST Asmara)

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

Ahad, 20 Februari 2011

SUDU & GARFU - komedi ringan

Sifu & Garfu mengisahkan Alya, seorang gadis yang bertugas di sebuah syarikat insurans di Kuala Lumpur sebagai eksekutif. Dia menyewa rumah teres bersama rakan sekerjanya, Farah dan mereka berjiran dengan lelaki bujang, Andy dan Rosli.
Andy bekerja sebagai pegawai pemasaran di syarikat kereta dan Rosli pula mekanik. Saling membenci antara satu sama lain, Alya dan Andy tanpa sedar saling terpaut meskipun tidak menyedari identiti masing-masing ketika berbual dalam laman sosial.
Pelakon: Fauzi Nawawi, Siti Saleha, Kat Mentor, Saiful Apek, Fadilah Mansor, Allana Amir dan Munir

Best gak citer nie....Korang macam mana?

Sabtu, 19 Februari 2011

Lagi Rosyam Nor sebagai Hero dalam Trilogi Cinta

Trilogi Cinta mengisahkan cinta tiga segi antara Razif (Rosyam Noor), Salmi (Amyza Adnan) dan Norjinah (Fouziah Gous) yang terjadi tanpa diduga. Kecurangan Salmi mendatangkan musibah apabila dia terlibat dengan kemalangan dan lumpuh. Kerana cinta yang mendalam, Razif menerima Salmi semula.

Norjinah pula pada awalnya seorang pembantu rumah yang ditugaskan menjaga kedua-dua anak Razif. Namun keadaan menjadi tegang apabila hubungan mesra mereka dicemburui Salmi. Dalam diam Razif menaruh hati kepadanya, namun serba salah melihatkan keadaan isterinya yang lumpuh.

Drama ini turut dibintangi oleh Raissudin Hamzah, Aida Khalida, Siti Fazurina, Reza Hasbi dan Nazim Othman.

Lagu Tema TRILOGI CINTA - MELAKAR RINDU
Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melanda sukma

Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya

Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat

Punahlah jua kini akhirnya
Dengarkan lagu : http://www.youtube.com/watch?v=B-rP76SH8OM