Khamis, 28 April 2011

Hai,

If korang suka pakai ala-ala brown.....nie mmg mekap mata yang palilng sesuai...Bukan apa mekap nie salah satu daya tarikan...tapi kalau orang tu mmg kulit cantik...tak pakai mekap pun cantik....takpa la

So bagi aku...mekap tu satu terapi...jadi jom kita try


Selamat Mencuba!!!!!

Rabu, 20 April 2011

Smokey blue eyeshadow....jom belajar

Haaa....pagi2 nie sume orang sibuk nak pergi keje....bersiap dan pasti nak bermekap kan...kali nie kita cuba pulak wat mata "Smokey Blue eyeshadow" ...so apa lagi jom tengok...

Selamat bekerja kekawan!!!!!! ceriakan hari anda dengan mekap yang segar dan menarik....


Cuba tau...mesti nampak cantik korang hari nie dan seterusnya...tapi janganlah wat pekat2 sangat nanti lari lak orang kang...

Mengidam "Red Velvet Cake"

Haaaa, orang sibuk dok cakap "Red velvet cake" nie sedap giler...aku pun bagai nak giler mencari kat KL nie kat mana nak dapat.

Search kat google...dapat tahu kat Delicious tu ada le kat nie....Secret Recipe bila nak buat "Red Velvet Cake"....tolong la ...

Ramai kekawan aku yang pandai buat kek...aku nie dah try buat kek...agaknya bukan jiwa aku ...maka kek yang aku buat tu tak jadi apa pun....stress betul..




Comeinye Sazzy falak mengandung..

Aku memang suke tengok sazzy falak nie....tambah2 lagi bila dia mengandung, ya allah comei ya amat...aku teringatkan dia sebab semalam dia kuar kat berita..."Friso Miracle of Pregnancy" ...bestnye dapat anak kembar...rezeki betulkan.

Maklumla aku nie ala-ala rendah cam sazzy falak....dia nie memang orang yang jaga pemakanan...jeles nengok badan dia yang comei semanjang....Husband and wife tu mmg consent on diet tu...

Ko tengok la gambar-gambar dia yang comei nie....








Isnin, 18 April 2011

Purple Smokey Eye eyeshadow look

Hai uols...,

Jom belajar cam ne nak buat " Smokey Eye"....purple color...

korang tengok tau...

Masa mencemburi aku....

Hai rakan blogger dan fren,

Lama sungguh telah ku tinggalkan Laman Santai nie....masa sangat mencemburi aku...maklum saja le dah 20 hari tak menjejakkan kaki ke pejabat...keje banyak, balik keje pun lambat...

Bila terasa penat, perkara wajib yang aku akan dahulukan adalah merehatkan diri...kang tak sihat siapa yang susah....

Okla....aku saja nak menyapa belog ku nie....

Insyallah aku akan cuba membahagikan masa agar belogku nie tidak sepi tanpa sebarang update..

Khamis, 31 Mac 2011

Terima Kasih atas kunjungan korang...

Laman Santai ManjerLuLu adalah nama baru dalam ruangan alam maya.

Terima kasih diatas kunjungan korang ke LSM yang tidak seberapa nie....apa yang ada di ruangan LSM adalah untuk tatapan LSM sendiri dan mereka yang sudi berkongsi kisah sesama LSM.

Bagi mereka yang sudi buat kunjungan di LSM, sudi-sudikanlah meninggalkan jejak seperti comment, menjadi follower dan paling penting sudilah kiranye membawa jari jemari korang ke " Jom Clik Iklan nie".

Untuk membalas jasa baik korang...korang tinggalkan blog url korang dan be follower supaya LSM boleh membuat kunjungan balas seperti apa yang korang lakukan semasa mengunjungi LSM. LSM juga sangat berharap agar korang dapat memperkenalkan kepada kawan-kawan korang tentang LSM ye.

Dari masa ke semasa, LSM akan sentiasa memperbaiki dan majukan ruangan alam maya nie. LSM sangat berminat untuk mengadakan pelbagai contest bulanan dan tahunan sekiranya follower LSM mencecah sasaran. Bagi mereka yang menjadi pemenang, hadiah disediakan..Jadi sokongan dari korang sume amatlah LSM harapkan dan alu2kan.

Sekali lagi ucapan terima kasih yang tak terhingga di atas sokongan dan kunjungan korang ye...jangan lupa setiap dari korang amat bermakna di LSM...jadi jangan lupa menjadi follower, tinggalkan jejak anda ye...Kunjug-mengunjungi adalah amalan kita...insyallah ia tidak akan berhenti dan berterusan selagi kita wujud di alam maya nie...

Kerja ! Kerja ! Kerja !

Kerja! Kerja ! Kerja! Bangun awal pagi, bersiap untuk ke tempat kerja. Tentu membosankan dengan rutin seharian kan. Jika anda selesa dan mempunyai bos/ketua yang baik. tentu seronok dan hari-hari kerja berjalan dengan pantas tanpa disedari. Tetapi, jika sebaliknye korang tentu merasakan hari-hari yang cukup membosankan kerana terpaksa mengadap bos/ketua korang yang moodnya tidak menentu dan cerewet.

Apa pun yang korang rungutkan dengan rutin tu , kehidupan korang harus diteruskan kerana selagi korang bekerja selagi itulah benda2 sebegini akan terjadi. Jadi  apa yang korang kena lakukan fahami karektor dia dan insyallah dia dapat membantu korang untuk menawan hati bos korang tu..(bukan mengurat ye...)

Korang perlu bijak mengambil hati dan meraih kepercayaan bos korang. Korang jangan terlalu banyak melakukan kesalahan apabila berada dihadapanya. Bila korang dah tahu hati budi dia mesti korang mudah dan seronok bekerja dengan dia...sebenarnya setiap bos tu ada kebaikan nye cuma kita yang tak mengenali karektor diorang.

Wristlet Oh Wristlet.....

Haaaaa...Korang pun tahu kan ManjerLuLu memang lebih selesa memakai wristlet daripada Handbag....Bukan apa dalam keadaan yang tak mengizinkan nie..rasanya wristlet la yang paling sesuai kecil dan mudah dibawa kesana kemari...Yang paling penting, wristlet tu mestilah boleh memuatkan benda-benda penting seperti berikut..
  • Kad-Kad penting ( Kad Bank, Kad pengenalan,kad kahwin and etc)
  • Lipstick ( at least satu- senang nak touch up)
  • Pen ( kot -kot nak sign cheque ke , heheheheh)
  • Coin
  • Business Kad ( yang penting2 je)
  • My Blackberry Phone ( Wajib)
Sekarang nie rasa cam nak buat koleksi wristlet pulak...jom tengok banyak nie...mata dah kelabu..dan rambang mata....mungkin korang dah ada koleksi nie tapi cik puan manjerlulu baru nak belajar membuat koleksi....wat masa nie


Cantiknye...pink dia nie


Merah nie pun gak...senang nak jaga

Banyak pink kan...tapi cantik


sama lak dengan yang atas...tapi lagi pekat la brown dia


nie brown jugak tapi full leather


N ie purple , rasa cam CMM punya je


Nie pun cantik...besar sangat kot..


Nie pun cantik...tapi tak muat kot


Nie dark brown...confirm mmg tak kotor..
 Aduh!!!! yang mana satu nie.......

Latih diri untuk menjadi seorang pemaaf?

Untuk renungan bersama....

Anggaplah setiap yang berlaku itu adalah ketentuanNya...Kita sendiri pun tidak boleh lari daripada melakukan kesalahan. Setiap kesalahan yang dilakukan itulah kelemahan diri. Setiap hari dan ketika, kita hendaklah memaafkan orang lain. Sebelum tidur kita memaafkan orang yang melakukan kesalahan tdak kiralah sengaja atau tidak. Rugi ke? Malah, hidup akan menjadi lebih tenteram.

Punca kita tidak tenteram adalah disebabkan belenggu diri yang dicipta oleh diri kita sendiri. Janganlah terlalu menyalahkan orang lain yang tidak boleh memaafkan kesalahan kita, jika kita sendiri sukar untuk memaafkan orang.Apa yang kita lalui adalah pengalaman hidup bagi mematangkan diri. Kesilapan lalu tidak perlu diingatkan lagi tapi jadikanlah ia sebagai panduan. Muliakan hati dengan memaafkan kerana ia adalah bersifat memberi.

Apabila kita tidak memaafkan orang, kita akan mula mendoakan orang itu kepada keburukan. Adil atau tidak keburukan dibalas dengan keburukan?..Orang yang suka memaafkan orang lain akan dimuliakan...Seorang pemaaf tidak dilihat sebagai lemah, malah darjatnya dipandang tinggi...

Petikan dari Pakar Motivasi Karangkraf...

My Victoria Secret series...

Aduh!!! my body mist (VS) dah nak habis nie....kat mana nak beli nie? hari tu aku borong kat KLIA airport...murah ko.....RM48 je sebotol...kalau yang tak berapa famous tu lagi le kurang harge nye.....Aku bukan le kedekut, cuma kalau boleh dapat harga murah lagi bagus kan...berjimat kata orang...tapi still nak berbelanja...

Susah tul nak cari VS series kat KL nie....kalau ada pun kat "THE CURVE" and "Wangsa Walk".....rasanye kedua2 tempat nie adalah owner yang sama ...Harga kira ok jugak la RM55 sebotol....

Ooooppp lupa , ada lagi satu tempat ..kat AVENUE K....mak datuk mahal giler harga yang diletakkannye...agak-agak la, kot iye pun nak berniaga...RM89 ko....terkejut aku masa nengok hargenye....kat website pun tak le mahal cam tu de.....

Nampaknye kena pergi carik kat Wangsa Walk la , the nearest place from my house....my favourite series are pure seduction, love spell, secret charm, and sweetdream.....this time kalau beli pun hanya beli body mist je kot lotion tak yah le...tak habis-habis lagi dari beli hari tu...

Kena beli 2 botol per series tu nie maklumlah "besfren in da house" pun pakai VS series nie jugak...apa mama dia pakai dia mesti nak jugak....hayooooooo kopak mama sayang.....

Ada series baru tau...tak tersenarai pun kat sini...
Ok....jap2 lagi nak kuar la..nak ikut jommmmmmmmmmmm......

Rabu, 30 Mac 2011

SHARING - ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali.   Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf  tiada serinya lagi.  Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”   Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.   Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..


“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”

BERLATIH JADI PEMIMPIN DIRI SENDIRI


Memimpin orang lain, biasanya lebih sulit dilakukan. Kerana itu, tidak semua orang berhasil melakukannya. Akan tetapi, memimpin diri sendiri ternyata jauh lebih sulit dibandingkan memimpin orang lain. Seseorang pasti saja memimpin orang lain dan juga masyarakat sekeliling dengan menjadi para pembesar atau wakil rakyat dan sebagai nya. Namun, belum tentu ia berhasil memimpin dirinya sendiri.
PERCAYAKAH KITA?
Mulailah dari diri sendiri! Pesan ini begitu mulia. Sebelum kita HEBOH HEBOH dengan urusan orang –yang belum tentu orang itu merasa suka kita urus- lebih baik kita mengurus diri sendiri dulu. Sebelum kita melihat-lihat kesalahan orang lain, sangat baik kita melihat kesalahan diri kita sendiri dulu. Sebelum kita memperbaiki orang lain, lebih baik kita perbaiki diri kita sendiri dulu.
Ada hadits lain yang sesuai dikaitkan dengan hadits di atas, “Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan ditanyai tentang kepemimpinannya.” (Riwayat Muslim). Kaitannya? Sebelum memimpin orang lain, seharusnya kita bisa memimpin diri sendiri dulu.
Kenyataannya, banyak orang yang ingin menjadi pemimpin, tetapi tidak banyak yang menyedari bahawa, untuk memimpin orang lain, seseorang terlebih dahulu harus terampil dalam memimpin diri sendiri.
Sebenarnya tidak mungkin ditolak, entah kita jadi pemimpin orang lain atau tidak, kita pasti telah menjadi pemimpin diri sendiri. Nah, sangat baik, kalau kepemimpinan untuk diri sendiri ini kita sukseskan dulu, agar peranan kita, hidup kita meningkat.
Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diriku mahupun sahabat2 insyaAllaah amin Ya Rabb.....................
Wallahu a'lamu bi al-shawab......petikan ehsan dari sahabatku "

SHARING - YANG LEBIH, YANG KURANG

“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman  yang baru beroleh cahaya mata.  “Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada  salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang  menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang  tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan  kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi.   Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

Aku terima dan redha dengan jodoh yang ditentukan oleh NYA untukku...amin.

Kesan dari tidak menghabiskan Antibiotik....

Aku nie selalu sakit dan jarang menghabiskan antibiotik seperti yang disarankan oleh doktor. Rupa-rupanya, emmmm korang baca la..

Antibiotik berfungsi untuk merawat penyakit secara menghentikan atau merencat pertumbuhan bakteria. Jika doktor telah menyarankan pengambilan antibiotik, patuhi arahan yang diberi dan ianya perlu dihabiskan. Menghentikan pengambilan antibiotik sebaik sahaja merasa sihat atau jangkitan berkurangan berisiko menyebabkan jangkitan berulang semula dan menambah masalah resistan terhadap antibiotik tersebut.

Jika seseorang tidak mengambil antibiotik mengikut arahan (dimana sepatutnya antibiotik memulihkan keadaan tetapi sebaliknya pula berlaku)...ia hanya bertindak ke atas bakteria yang lemah serta tidak resistan dan meninggalkan strain yang lebih kuat untuk menjadi lebih resistan. Resistan terhadap antibiotik bermaksud kebolehan bakteria atau organisma lain untu berupaya menahan atau kebal terhadap sesuatu antibiotik yang dahulunya mampu menmbunuhnya. Ini bukan sahaja membebankan pesakit tetapi juga membebankan para saintis yang terpaksa mencari rawatan antibiotik baru bagi mengatasi masalah resistan. Untuk mengelak masalah resistan terhadap antibiotik anda dinasihatkan untuk:-
  • Patuhi pengambilan antibiotik mengikut arahan doktor
  • Ambil antibiotik pada waktu yang sama setiap hari
  • Habiskan semua antibiotik sepertimana diarahkan untuk memusnahkan bakteria secara menyeluruh..
  • Elakkan pengambilan antibiotik orang lain.
  • Jangan mengambil antibiotik untuk masalah selesema atau flu kerana ia biasanya merupakan jangkitan virus.
Dari pakar : sharifah adilah al-hashi _ahli farmasi

SHARING - SUATU PERJALANAN HIDUP BERUMAH TANGGA

“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari  berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa  hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke  Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus  tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama  41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia  perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling  memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima  kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.
Terima kasih sahabat sering berkongsi kisah2 peringatan denganku...


Selasa, 29 Mac 2011

SHARING "KESILAPAN SEORANG ISTERI"

Buat tatapan kita bersama,

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati.   Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta  nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya  yang bermaksud:

“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang  menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada  dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:  
1. Kamu banyak mengutuk atau  menyumpah  
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin  kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka.  Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih  mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.
Ya allah, jadikan aku seorang isteri yang sempurna di mata suamiku...amin dan
terima Kasih sahabatku di atas email peringatan yang kuterima nie...



"Jangan hisap jari , nanti perut buncit"...Betul ke?

Mak aku selalu cakap "Tak baik hisap jari, kang buncit perut tu"....yang kita masa tu kecil punya la percaya kata-kata mak setiap kali kita masukkan jari kedalam mulut....

Bukannya apa...susah sangat nak cakap kot...kita masa tu kan kecik bukan faham sangat pun masa tu ...Tujuan kata-kata mak kita tu hanya untuk menakut-nakutkan kita daripada berterusan berbuat demikian...Jadi dah terbiasa dengar akhirnya kita pun jadi takut la....kita pun tanpa banyak soal...mmg tak buat dah lepas tu...

Jadi zaman sekarang nie, anak-anak sumenye pandai-pandai....konon2 nak gunakanlah  taktik yang sama macam mak2 kita dulu dah tak menjadi lagi kerana asalkan dia ternampak je orang yang sarat mengandung...dia akan menjerit...."Haaaa, Adik tahu kenapa perut acik tu buncit mama,"...sebab dia suka hisap jari kan.....hehehehehe ....anak siapa la tu ....malunye.....

Hayooooo...moral dari story nie..budak2 sekarang mmg bijak...kena cakap terus-terang "Kenapa", "Mengapa", "Bagaimana" dan apa jua supaya tak kena kat kita balik nanti....

Tolong kejutkan Saya!

Aku suke citer nie....

Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa.

Pada suatu malam, si suami telah menulis surata nota...maklum la "Silent War" orang putih cakap...."Tolong kejutkan saya pukul 6.30pagi" dan meletakkan nota tersebut di sisi isterinya yang sedang tidur...(kalau aku sure tak baca..mana la aku nak tahu ada notakan)....

Keesokan harinya...si suami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding menunjukkan pukul 8.00pagi.(dalam hati suami sambil marah"aduh!!! kacau betul dah lambat nie)... Dia mula terperasan yang disisinye terdapat suatu nota yang bertulis"Bang,bangun Bang.....sudah pukul 6.30 pagi"......Hayooo siapa nak jawab nie...siapa yang salah si suami atau si isteri...

Moral dari citer nie.....kalau bergaduh sekali pun...jangan sampai tak bertegur sapa begitu lama...

All About Eve...........My favourite Korean Drama suatu ketika Dulu...

Happy Tuesday!!!!

Hari nie agak lambat jari-jemari aku menyapa Laman Santai ManjerLuLuku nie kerana sibuk dengan Drama Korean ."ALL about EVE"...Ya Allah...tolonglah dah jadi penyakit sampai makan pun lupa...dek penangan hero dia yang hensem dan romantik giler tu.....Kalau ikutkan cerita nie cerita lama iaitu 10 tahun yang lepas ditayangkan di TV3...Masa tu aku tengah sibuk belajar di UIA....sanggup beli TV kecik tu...

Tengok la "hensemnye Mamat Uban" tu
Kali nie cerita "AAE" nie ditayangkan di NT7 jam 12pm - 1.00pm setiap hari Isnin - Jumaat...cerita mengisahkan percintaan Yun dan Sun Mi yang punya banyak halangan tetapi akhirnye bersatu juga.. Cerita nie jugak banyak menceritakan tentang Woo Jin and Young Mi . Kalau dulul Woo Jin dan Sun Mi macam sepasang kekasih tapi sejak muncul Young Mi dalam keluarga Sun Mi dan Woo Jin...Woo Jin maka jatuh cinta dengan Young Mi ( Perempuan Jahat )....

Aku nie kalau tengok , mestilah yang ada scene hero hensem yg dipanggil pengurus Yun tu...Sun Mi nie pulak mengenali pengurus Yun masa dia pegi menziarahi makcik dan belajar bahasa Inggeris kat London...

Titik perkenalan mereka bermula apabila si hero hensem tu terlanggar Sun Mi (perempuan bertuah) tu..dan kebetulan pulak si hero hensem nie pulak selalu pegi makan kat kedai makcik Sun Mi kat London tu...

Dari situlah mereka menjadi kawan...disebabkan SUN Mi nie yang comel, baik hati dan lurus..dan akhirnye berkahwin (scene berkahwin mmg tak tunjuk)