Sabtu, 26 Februari 2011

Aku Sebagai “WEEKEND MAID”

Salam Hari Minggu,

Hari Minggu adalah hari yang paling dinanti2kan setengah penat menjalankan pelbagai aktiviti2 memasing kan. Seperti biasa aktiviti2 wajib Lulu setiap pagi adalah keluar bersarapan bersama keluarga (nie je masa nak bersama kan) tak kira la kemana saja asalkan perut kenyang hati senang.

Aktiviti seterusnya adalah mencuci, menyidai,melipat dan menggosok baju.huhuhuhu....ada anak dara dah keluar pegi main badminton...tinggal la Lulu seorang yang menguruskan rumah "ala-ala pembantu rumah gitu".

Setelah selesai mencuci dan menyidai baju, Lulu akan mengemas rumah seperti biasa menyapu, mop dan lap apa2 yang patut. Lepas tu kena nengok kat sinki dapur pulak...kekadang anak-anak bertuah nie makan je pinggan sume tinggalkan kat sinki... "Nanti mama tolong basuh yek"...kata anak daraku......anak bujangku pulak menyampuk..."takpa la mama, lepas main badminton nanti abang tolong basuhkan", amacam ok tak mama.....banyak la diorang punya ok.

Haaaaa bagi Mr.Hubby pulak.....dia tolong jugak.......tolong masak...."dalam hati- ringan sikit keje aku"....Mr hubby Lulu memang terror masak..anak2 selalunye akan order je dari papa dia nak makan apa,kalau Mr Hubby tak sibuk segala permintaan anak-anak kesayangan dia tu akan dipenuhi nye.

Selalunya segala urusan hari minggu nie akan selesai dalam pukul 1.30ptg...termasuk memasak tau. Jadi lepas solat zuhor , apa lagi aktiviti bebas...Semua orang dalam rumah nie boleh menjalankan aktiviti masing-masing. Kalau takda ke mana2 selalunye anak-anak akan keluar dan bersembang2 dengan kawan2 mereka. (ini kalau mereka takda kerja sekolah la)..bagi Lulu pulak...mula la teringinkan Jaya Jusco,Carefour , Wangsa Walk dan KLCC gitu.....Apa lagi kita window shopping la.....(tengok dulu baru beli)

Jadi Lulu rasa tanggungjawab hujung minggu ini adalah tanggungjawab seisi keluarga...semua orang dalam rumah mempunyai tugas mereka...tetapi kadang-kadang tak buat jugak.....Akhirnye Lulu juga yang buat dan sesuai sangat la aku sebagai "WEEKEND MAID" tu kan........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan